La Tahzan :)
La Tahzan Innallaha Ma'ana :) jangan bersedih , Allah bersama kita . Ada kalanya hari yang kita lalui penuh dengan kebahagiaan , ada kalanya hari yang kita lalui pula sebaliknya . Setiap yang bergelar hamba-Nya pasti tidak akan terlepas dari menerima dugaan . Perlu kita ingat bahawa Allah tidak akan memberi dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya . Jika ditimpa musibah , banyakkan berdoa dan meminta pertolongan dari-Nya kerana hanya Allah maha mengetahui . Ingat , walau sebesar mana pun dugaan itu , Allah tetap bersama kita :)
No comments:
Post a Comment